hubungan antara seorang gadis dan seorang jejaka telah dapat dihidu oleh bapa si gadis . si bapa memberi amaran kepada si jejaka supaya menjauhkan diri daripada anak gadisnya dan memutuskan hubungan cinta mereka . mereka terlalu menyayangi antara satu sama lain dan memutuskan untuk meneruskan jalinan kasih antara mereka . suatu hari, si jejaka ingin menghantar sepucuk surat kepada si gadis, tetapi si jejaka bimbang bapa si gadis akan mendapat tahu mengenai suratnya itu . jadi, si jejaka tulis seperti ini :
1 : kasih suciku yang ku berikan padamu
2 : sudah hilang dan perasaan benciku terhadapmu
3 : mekar sepanjang hari
4 : aku semakin jemu untuk melihatmu dan
5 : satu perkara yang ingin aku lakukan adalah untuk
6 : melihat perempuan 2 jelita yang lain . aku tidak ingin
7 : bersamamu setiap waktu . pertemuan kita yang terakhir
8 : sangat membosankan dan tidak
9 : membuatkan aku untuk brtemu kau lagi
10 : kau hanya mementingkan dirimu
11 : ketika kita bersama .aku tahu aku hanya akan temui
12 : hidup ini sungguh sukar dan tidak akan temui
13 : kebahagiaan jika hidup bersamamu . hatiku ini adalah untuk
14 : diberi tetapi bukan sesuatu yg wajar diberikan kepada
15 : gadis sepertimu .tiada sesiapa yg lebih
16 : bodoh dan mementingkan diri sendiri daripada kau dan kau tidak
17 : layak untuk mengambil berat tentang diriku dan menyatakan yang aku ingin kau faham bahawa
18 : seikhlas hati aku menyatakan yang aku ingin kaw faham bahawa
19 : aku bercakap benar, kau dapat membantuku jika
20 : kau juga inginkansebuah perpisahan . janganlah
21 : kau membalas surat ini . suratmu mengandungi
22 : perkara2 yang tidak dapat menarik perhatianku lagi . dirimu sudah tidak ada
23 : keabadian cinta untukku . SELAMAT TINGGAL !!! percayalah,
24 : aku sudah mempunyai kekasih yang lain dan tidak lagi menyukaimu . tolong jangan ingat yang
25 : aku masih teman istimewamu
si gadis begitu terkejut dan sedih etelah membaca surat tersebut . tetapi si gadis tersenyum dan kembali ceria selapas mendapati bahawa ada pesanan kecil di bahagian bawah surat ini yang tertulis (BACA HANYA NOMBOR GANJIL SAHAJA)
No comments:
Post a Comment